Pada 4 Mac 2012 telah diadakan Program Guru Penyayang di antara guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Paya Pulai.Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhuwah di antara guru dan pelajar SMK Paya Pulai.Acara bermula pada jam 7.00 pagi dengan guru-guru menyambut kedatangan pelajar-pelajar di pintu pagar sekolah.Walaupun pelajar berasa terkejut dengan keadaan tersebut,namun semuanya berjalan dengan lancar.Rupa-rupanya mereka menunggu di situ untuk bersalaman dengan para pelajar.Selepas itu,semua guru dan pelajar bergerak Dataran Cendekia. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Daerah Temerloh iaitu Puan Asiah.
| Para guru yang sungguh berdedikasi. Awal pagi lagi sudah berkumpul di pintu pagar sekolah menantikan kehadiran pelajar. |
| Cikgu Mazalan,Cikgu Ahmad Nizal,Cikgu Fauzi,Cikgu Abdul Salam. |
| Guru-guru perempuan. |
| Pelajar sedang menunggu untuk bersalaman dengan guru. |
Kesimpulannya, program ini telah berjaya menambah semangat para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh apabila menyedari bahawa guru-guru sentiasa ada bersama mereka untuk menuju ke arah kejayaan.






0 comments:
Post a Comment