4 May 2012

Merentas Desa 2012


Pada  27 Januari  2012 telah  berlangsung satu aktiviti merentas desa di SMK Paya Pulai. Acara dimulakan dengan senaman ringan pada pukul  8.00 pagi. Semua pelajar berkumpul  di padang mengikut  rumah sukan masing-masing. Kelihatan wajah para pelajar  tidak sabar-sabar untuk memulakan larian. Seterusnya pelajar dilepaskan mengikut kategori masing-masing  iaitu lelaki bawah 18,lelaki bawah 15,perempuan bawah 18 dan perempuan bawah 15.Larian merentas kali ini mengikut laluan di Taman Setia Jasa.Beberapa orang guru dan pelajar ditugaskan menjaga  sebanyak 6 checkpoint bagi memastikan larian berjalan lancar. 

Para pelajar sedang memanaskan badan.


Para pelajar lelaki sedang bersenam.

Gelagat pelajar semasa larian bermula.





Kira-kira  10 pagi,semua pelajar kelihatannya  telah berjaya menamatkan larian. Mereka berkumpul di Dewan Hamka untuk acara penyampaian hadiah. Cikgu Rosmalina telah menjadi pengacara majlis. Antara guru yang hadir ialah Puan Pengetua,Puan Hajah Norlaila Bt Ismail,En Helmi,Ustaz Nawawi dan Cikgu Latiff serta guru-guru lain. Acara cabutan bertuah turut diadakan.Hadiahnya adalah sepasang pakaian sukan.Kemudian hadiah kepada para pemenang disampaikan.Juara keseluruhan ialah Rumah Khaldun.

Kelihatan Cikgu Latiff turut menyertai larian.


Cikgu Latiff menyampaikan hadiah.



Majlis berakhir pada 12.00 tengahari. Semoga acara seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun akan datang.

0 comments:

Post a Comment