18 May 2012

Pelajar Harapan Peperiksaan PMR dan SPM

Berikut ialah wajah-wajah pelajar harapan PMR dan SPM. Harapan sekolah adalah semoga keputusan peperiksaan pada tahun ini akan lebih meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dari kiri: Sobirin,Asmahhani,Hakimah,Fazira,Hazliana,Farhana,Fadilah,Amira dan Faqih.

Berdiri dari kiri: Hakim,Nazran,Rasyid,Faizul Amri
Duduk dari kiri: Fatin,Athirah,Umi,Iqmah dan Faizah.

Pembuatan Tembikar

Pada 5 Februari 2012 yang lalu, telah berlangsung sau aktiviti yang sangat menarik dan telah menarik penyertaan dari ramai pelajar. Aktiviti yang dimaksudkan adalah aktiviti Pembuatan Tembikar. Beberapa orang dari Jerantut yang mempunyai kedai menjual barang-barang tembikar telah dijemput untuk membuat demonstrasi. 





Antara kraftangan yang boleh dibeli oleh guru dan pelajar.


 pelajar melihat demonstrasi membuat tembikar menggunakan mesin.



Ceramah Penulis Terkenal, Ain Maisarah

Pada bulan Mac yang lepas, SMK Paya Pulai telah menerima kehadiran seorang penulis novel yang terkenal di Malaysia iaitu Ain Maisarah. Beliau memberi ucapan di perhimpunan dan juga mengadakan bengkel penulisan novel kepada pelajar-pelajar tingkatan 3,4 dan 5. Selepas itu, para pelajar dan juga guru tidak melepaskan peluang untuk membeli buku dan mendapatkan tandatangan Ain Maisarah.





Cikgu2 dan pelajar tidak melepaskan peluang bergambar dengan Ain Maisarah.

Ain Maisarah semasa memberi ucapan di perhimpunan.

Memberi penerangan tentang penulisan novel kepada para pelajar.

7 May 2012

Program Guru Penyayang

Pada 4 Mac 2012 telah diadakan Program Guru Penyayang di antara guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Paya Pulai.Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhuwah di antara guru dan pelajar SMK Paya Pulai.Acara bermula pada jam 7.00 pagi dengan guru-guru menyambut kedatangan pelajar-pelajar di pintu pagar sekolah.Walaupun pelajar berasa terkejut dengan keadaan tersebut,namun semuanya berjalan dengan lancar.Rupa-rupanya mereka menunggu di situ untuk bersalaman dengan para pelajar.Selepas itu,semua guru dan pelajar bergerak Dataran Cendekia. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Daerah Temerloh iaitu Puan Asiah.    

Para guru yang sungguh berdedikasi. Awal pagi lagi sudah berkumpul di pintu pagar sekolah
menantikan kehadiran pelajar.

Cikgu  Mazalan,Cikgu Ahmad Nizal,Cikgu Fauzi,Cikgu Abdul Salam.

Guru-guru perempuan.

Pelajar sedang menunggu untuk bersalaman dengan guru.


Kesimpulannya, program ini telah berjaya menambah semangat para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh apabila menyedari bahawa guru-guru sentiasa ada bersama mereka untuk menuju ke arah kejayaan.                                                                                                                        

6 May 2012

Majlis Pelantikan Pengawas Sesi 2012

Pada 26 Februari 2012, telah berlangsung satu majlis yang amat penting kepada SMK Paya Pulai iaitu Majlis Pelantikan Pengawas Sesi 2012.Ia merangkumi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT) dan Ketua Kelas.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Puan Pengetua, Puan Hajah Norlaila telah menyampaikan ucapan pembukaan. Ucapan utama disampaikan oleh tetamu khas pada hari tersebut iaitu Mejar Zamri.Dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan agar semua pengawas berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Selepas itu, beliau menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Pengawas iaitu Saudara Mohd Hakim bin Yahya dan Penolong Ketua Pengawas iaitu Fatin Nur Syahirah binti Abdul Rashid. Sijil pelantikan juga disampaikan kepada semua pengawas yang hadir. Semua pengawas juga membaca ikrar sebagai tanda rasminya mereka memegang jawatan masing-masing.


Para pelajar berhimpun di Dataran Cendekia.

Puan Pengetua, Puan Hajah Norlaila memberikan ucapan beliau.

Tetamu khas menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Pengawas.

Pengawas Sekolah.
Depan dari kiri: Cikgu Mazalan,Mejar Zamri,Pn Hajah Norlaila,En Helmi,Mohd Hakim.

Pengawas Pusat Sumber.
Depan dari kiri:Pn Sarimah,Pn Rohana,En Abdul Salam,En Fauzi,Abdul Rasyid.

Pengawas SPBT.
Depan dari  kiri:Nor Madihah,Pn Khairani,Pn Rosmalina,Pn Rahimah,Nor Iqmah.

Ketua Kelas.
Depan dari kiri:Pn Rohaya,En Abdul Salam,En Fadzli,Pn Jizah.


Diharapkan dengan majlis seumpama ini, dapat menyuntik semangat kepada semua pelajar yang telah diberi amanah dan tanggungjawab agar bersungguh-sungguh dalam membantu guru dan sekolah, seterusnya menjadikan SMK Paya Pulai sebuah tempat yang cemerlang untuk menuntut ilmu.



4 May 2012

Merentas Desa 2012


Pada  27 Januari  2012 telah  berlangsung satu aktiviti merentas desa di SMK Paya Pulai. Acara dimulakan dengan senaman ringan pada pukul  8.00 pagi. Semua pelajar berkumpul  di padang mengikut  rumah sukan masing-masing. Kelihatan wajah para pelajar  tidak sabar-sabar untuk memulakan larian. Seterusnya pelajar dilepaskan mengikut kategori masing-masing  iaitu lelaki bawah 18,lelaki bawah 15,perempuan bawah 18 dan perempuan bawah 15.Larian merentas kali ini mengikut laluan di Taman Setia Jasa.Beberapa orang guru dan pelajar ditugaskan menjaga  sebanyak 6 checkpoint bagi memastikan larian berjalan lancar. 

Para pelajar sedang memanaskan badan.


Para pelajar lelaki sedang bersenam.

Gelagat pelajar semasa larian bermula.





Kira-kira  10 pagi,semua pelajar kelihatannya  telah berjaya menamatkan larian. Mereka berkumpul di Dewan Hamka untuk acara penyampaian hadiah. Cikgu Rosmalina telah menjadi pengacara majlis. Antara guru yang hadir ialah Puan Pengetua,Puan Hajah Norlaila Bt Ismail,En Helmi,Ustaz Nawawi dan Cikgu Latiff serta guru-guru lain. Acara cabutan bertuah turut diadakan.Hadiahnya adalah sepasang pakaian sukan.Kemudian hadiah kepada para pemenang disampaikan.Juara keseluruhan ialah Rumah Khaldun.

Kelihatan Cikgu Latiff turut menyertai larian.


Cikgu Latiff menyampaikan hadiah.



Majlis berakhir pada 12.00 tengahari. Semoga acara seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun akan datang.

20 April 2012

Pertama

Assalamualaikum.