Pada 26 Februari 2012, telah berlangsung satu majlis yang amat penting kepada SMK Paya Pulai iaitu Majlis Pelantikan Pengawas Sesi 2012.Ia merangkumi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks(SPBT) dan Ketua Kelas.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Puan Pengetua, Puan Hajah Norlaila telah menyampaikan ucapan pembukaan. Ucapan utama disampaikan oleh tetamu khas pada hari tersebut iaitu Mejar Zamri.Dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan agar semua pengawas berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing seterusnya merasmikan majlis tersebut.
Selepas itu, beliau menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Pengawas iaitu Saudara Mohd Hakim bin Yahya dan Penolong Ketua Pengawas iaitu Fatin Nur Syahirah binti Abdul Rashid. Sijil pelantikan juga disampaikan kepada semua pengawas yang hadir. Semua pengawas juga membaca ikrar sebagai tanda rasminya mereka memegang jawatan masing-masing.
 |
Para pelajar berhimpun di Dataran Cendekia. |
 |
Puan Pengetua, Puan Hajah Norlaila memberikan ucapan beliau. |
 |
Tetamu khas menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Pengawas. |
 |
Pengawas Sekolah.
Depan dari kiri: Cikgu Mazalan,Mejar Zamri,Pn Hajah Norlaila,En Helmi,Mohd Hakim. |
 |
Pengawas Pusat Sumber.
Depan dari kiri:Pn Sarimah,Pn Rohana,En Abdul Salam,En Fauzi,Abdul Rasyid. |
 |
Pengawas SPBT.
Depan dari kiri:Nor Madihah,Pn Khairani,Pn Rosmalina,Pn Rahimah,Nor Iqmah. |
 |
Ketua Kelas.
Depan dari kiri:Pn Rohaya,En Abdul Salam,En Fadzli,Pn Jizah. |
Diharapkan dengan majlis seumpama ini, dapat menyuntik semangat kepada semua pelajar yang telah diberi amanah dan tanggungjawab agar bersungguh-sungguh dalam membantu guru dan sekolah, seterusnya menjadikan SMK Paya Pulai sebuah tempat yang cemerlang untuk menuntut ilmu.